Saturday 27 October 2012

Rondang Ayam Rombau...made in Bongek

Dibuka untuk tempahan... sehingga 17 Nov

Anggaran penghantaran pada 19 & 20 November...
 
500 gram: RM25
1 kilo      : RM45
 
Caj Penghantaran Luar Seremban: RM2 - RM10 mengikut kawasan
 
Kawasan diliputi: Rembau, Tampin, PD, KP, Jelebu, Nilai, Bangi & Putrajaya
 
Call Nizam 012-3341442 untuk tempahan
 
 









 

Thursday 25 October 2012

Kuih Seroja Yang Lazat...




Kuih Seroja Terus Ke Rumah Anda...
 
50 biji: RM34
30 biji: RM22
 
Penghantaran sekitar Seremban, Rembau, Tampin, Kuala Pilah, Nilai, Bangi & Kajang
 
Free delivery untuk tempahan 3 bekas dan ke atas untuk kawasan di atas
 
Call Nizam 012-3341442 untuk tempahan

Wednesday 17 October 2012

Kuih Sepit @ Kapit Terus Ke Rumah Anda...






Tin Kecil : RM33






Tin Besar : RM38



Kuih Sepit Enak

Tin Besar - RM38

Tin Kecil - RM33

Caj Penghantaran: RM1 - RM10 (mengikut Kawasan)

N.Sembilan, Bangi, Putrajaya, Kajang & KL

Call Nizam 012-3341442


Rendang Pucuk Ubi Ikan Bilis

Terus Ke Rumah Anda...

Hanya:

RM12 bagi setiap 200 gram
RM25 bagi setiap 500 gram

* tidak termasuk caj penghantaran

Untuk Tempahan sila call Nizam 012-3341442





Friday 14 September 2012

Berkongsi sedikit pasal asal usul Bongek...

Kampung Bongek.. ghamai yg golak bilo dongar namo kampung den nie..


Siap ado yg kobar cam bunyi spare part kapal terobang yo..

Tapi apo pun oghang nak kobar.. den totap banggo kampung den.. Kampung Bongek..

bawah nie den kongsi skit cerito pemimpin masyarakat setompat asal usul namo kampung den nie..


Nama kampung Bongek diperolehi berikutan penemuan mata air panas oleh masyarakat Minangkabau dari Acheh seawal
1773 yang ikut merantau ke situ bersama Raja Melewar.
Sememangnya lumrah masyarakat zaman dahulu untuk membina penempatan berdekatan sungai kerana mereka menjadikannya sebagai panduan arah laluan atau jalan ke penempatan lain.

Berpandukan kepada sungai, empat suku utama iaitu Seri Lemak, Tanah Datar, Acheh dan Paya Kumbuh berpecah mencari penempatan sendiri. Suku Acheh telah singgah di dua lokasi berbeza yang kini dikenali sebagai Pulau Acheh dan Bongek Acheh.

Orang Minangkabau yang menjumpai mata air panas telah menggelarkan ia sebagai ‘air hangek', manakala, kedudukannya dalam paya dalam bahasa sanskritnya disebut sebagai ‘bonchah'.

"Disebabkan ia disebut sebagai 'bonchah hangek' secara berulang kali oleh penduduk, lama kelamaan sebutan tersebut disingkatkan dan menjadi nama kampung seperti sekarang ini iaitu 'Bongek',"

Orang ramai boleh melihat sendiri kewujudan mata air panas di kawasan paya yang terletak kira-kira satu kilometer dari jalan utama perkampungan itu.

Tuesday 11 September 2012

Mandi Boleh Merawat Penyakit....

Mandi bukan setakat memberikan kesegaran kepada kita tetapi juga memberikan beberapa faedah yang lain. Apabila kita mandi secara tidak langsung akan meningkatkan sistem kekebalan tubuh, mencegah penyakit kulit dan mampu menyembuhkan masalah penyakit yg serius.
 
Sekiranya kita mandi air panas (32 - 35 darjah celcius) akan dapat membuka pori-pori yg mampu mengeluarkan racun. Ini secara tidak langsung membantu mengurangkan kadar gula darah. mengurangkan sakit otot dan menjaga usus besar bertindak dengan lebih baik. Adalah disyorkan mandi antara 10-20 minit.
 
Sementara mandi dengan air sejuk pula mampu menghilangkan stres kerana dapat meredakan ketegangan dan disyorkan suhu air sekitar 12 - 18 darjah celsius. Senario ini berlainan dengan air panas kerana akan menyempitkan dan meningkatkan gula dalam darah. Oleh itu penghidap diabetes dinasihatkan tidak mandi dengan air sejuk.
 
Manfaat Mandi...
 
Penghidap diabetes
 
Berendam lebih kurang setengah jam  dalam air panas mampu menurunkan    kadar gula darah lebih kurang 13 peratus
 
Kesihatan Jantung

Berendam selama 10 minit dalam air panas akan dapat memperbaiki kesihatan jantung
 
Selsema Dan Sakit Kepala
 
Redamkan kaki ke dalam air panas. Masukkan air panas secukupnya sehingga acup kaki. Tambah beberapa titis minyak lavender @ pudina @ lemon. Selepas selesai bilas dengan air sejuk. Disyorkan dibuat antara 10 - 20 minit.
 
Insomnia
 
Insomia @ memiliki masalah utk tido disyorkan merendamkan kaki ke dalam air sejuk sehingga terasa sejuk. Juga sesuai untuk yg mempunyai penyakit lelah, pendarahan hidung & sembelit
 
Perjalanan darah
 
Jika berhadapan dengan perjalanan darah, rendam kaki selama seminit ke dua minit. Lakukan secara berulang untuk tempoh 15 minit. Apabila selesai, bilas dengan air sejuk
 
 
Selamat Mencuba.....