Mandi bukan setakat memberikan kesegaran kepada kita tetapi juga memberikan beberapa faedah yang lain. Apabila kita mandi secara tidak langsung akan meningkatkan sistem kekebalan tubuh, mencegah penyakit kulit dan mampu menyembuhkan masalah penyakit yg serius.
Sekiranya kita mandi air panas (32 - 35 darjah celcius) akan dapat membuka pori-pori yg mampu mengeluarkan racun. Ini secara tidak langsung membantu mengurangkan kadar gula darah. mengurangkan sakit otot dan menjaga usus besar bertindak dengan lebih baik. Adalah disyorkan mandi antara 10-20 minit.
Sementara mandi dengan air sejuk pula mampu menghilangkan stres kerana dapat meredakan ketegangan dan disyorkan suhu air sekitar 12 - 18 darjah celsius. Senario ini berlainan dengan air panas kerana akan menyempitkan dan meningkatkan gula dalam darah. Oleh itu penghidap diabetes dinasihatkan tidak mandi dengan air sejuk.
Manfaat Mandi...
Penghidap diabetes
Berendam lebih kurang setengah jam dalam air panas mampu menurunkan kadar gula darah lebih kurang 13 peratus
Kesihatan Jantung
Berendam selama 10 minit dalam air panas akan dapat memperbaiki kesihatan jantung
Selsema Dan Sakit Kepala
Redamkan kaki ke dalam air panas. Masukkan air panas secukupnya sehingga acup kaki. Tambah beberapa titis minyak lavender @ pudina @ lemon. Selepas selesai bilas dengan air sejuk. Disyorkan dibuat antara 10 - 20 minit.
Insomnia
Insomia @ memiliki masalah utk tido disyorkan merendamkan kaki ke dalam air sejuk sehingga terasa sejuk. Juga sesuai untuk yg mempunyai penyakit lelah, pendarahan hidung & sembelit
Perjalanan darah
Jika berhadapan dengan perjalanan darah, rendam kaki selama seminit ke dua minit. Lakukan secara berulang untuk tempoh 15 minit. Apabila selesai, bilas dengan air sejuk
Selamat Mencuba.....