Kampung Bongek.. ghamai yg golak bilo dongar namo kampung den nie..
Siap ado yg kobar cam bunyi spare part kapal terobang yo..
Tapi apo pun oghang nak kobar.. den totap banggo kampung den.. Kampung Bongek..
bawah nie den kongsi skit cerito pemimpin masyarakat setompat asal usul namo kampung den nie..
Nama kampung Bongek diperolehi berikutan penemuan mata air panas oleh masyarakat Minangkabau dari Acheh seawal 1773 yang ikut merantau ke situ bersama Raja Melewar.
Sememangnya lumrah masyarakat zaman dahulu untuk membina penempatan berdekatan sungai kerana mereka menjadikannya sebagai panduan arah laluan atau jalan ke penempatan lain.
Berpandukan kepada sungai, empat suku utama iaitu Seri Lemak, Tanah Datar, Acheh dan Paya Kumbuh berpecah mencari penempatan sendiri. Suku Acheh telah singgah di dua lokasi berbeza yang kini dikenali sebagai Pulau Acheh dan Bongek Acheh.
Orang Minangkabau yang menjumpai mata air panas telah menggelarkan ia sebagai ‘air hangek', manakala, kedudukannya dalam paya dalam bahasa sanskritnya disebut sebagai ‘bonchah'.
"Disebabkan ia disebut sebagai 'bonchah hangek' secara berulang kali oleh penduduk, lama kelamaan sebutan tersebut disingkatkan dan menjadi nama kampung seperti sekarang ini iaitu 'Bongek',"
Orang ramai boleh melihat sendiri kewujudan mata air panas di kawasan paya yang terletak kira-kira satu kilometer dari jalan utama perkampungan itu.